Isnin, 27 Jun 2011

Kenaikan Perkhidmatan Astro Akan Membebankan Aku...

Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka,” katanya.

Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Sementara itu, mengenai perkembangan industri filem negara, beliau berkata KPKK tahun ini menerusi Finas telah memperuntukkan dana kira-kira RM15 juta untuk menjana filem kreatif seperti animasi dan sebagainya






Tiada ulasan:

Catat Ulasan